Mindmap Learning
16 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 15 Februari 2020 yang lepas, pihak pengurusan Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas E-Learning Mindmap kepada beberapa orang peserta sekolah rendah yang telah berkunjung ke Pusat Internet tersebut. Kelas ini telah dihadiri oleh 4 orang pelajar lelaki SK Batang Maro. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah bagi mendedahkann penggunaan e-learning mindmap atas talian yang dapat digunakan untuk membuat nota yang menarik bagi tujuan ulangkaji pelajaran.
Kelas ini juga adalah untuk memberi bimbingan kepada peserta dalam mencipta petaminda yang lebih menarik, padat dan sesuai dijadikan rujukan sebelum peperiksaan dijalankan. Pengajar telah memberikan topik Sains Tahun 5 nota untuk dijadikan tugasan peta minda. Semasa kelas dijalankan, para peserta begitu bersungguh-sungguh untuk membuat peta minda tersebut kelihatan menarik dan cantik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: